Jun 3, 2013

Jom jalan- jalan..

Bismillah.. 
Assalammualaikum.. 

Hujung minggu lepas abang ajak ke kenduri kawan. Bukan satu, 2 buah kenduri.. satu kat Negeri Sembilan, satu lagi kat Kuala Terengganu.. Mula -mula abang decide nak pilih satu kenduri je, sebab jarak kedua-duanya bukan dekat, jauuuhhhh.. Tapi sebab dua- dua kawan abang ni sudi luang masa masa kenduri kami hari tu, saya ajak abang luangkan masa juga untuk diorang. Kira bayar hutang lah!! =)

Jumaat malam lepas balik kerja, kami berdua pun bertolak ke destinasi pertama, Negeri Sembilan. Attend kenduri Hanis & Nana. Oleh sebab kami datang sehari awal, so singgah tidur kat Sutera Hotel area Seremban 2. Esoknya attend wedding, abang sempat jumpa semua kawan-kawan dia.. Happy betul dia dapat lepas rindu ye.. ^_^


Barakallah untuk Hanis & Nana.. Semoga rumahtangga yang dibina dilimpahi sakinah, mawaddah dan warahmah.. 

Lepas tu terus bertolak balik ke Dungun. Sampai area Genting Sempah, abang tanya "Sayang, tak nak singgah Genting dulu?".. Saya apa lagi, laju je "Nakkkkkkkk".. Lagipun abang tak pernah sampai lagi, saya dah selalu pergi dengan family.. Masa nak naik ke Genting, berapa kali nampak kereta rosak tepi jalan, siap berasap-asap.. Cuak je, takut kereta kami pun rosak.. Tapi alhamudulillah, sampai jugak.. Ramai betul manusia, dah nama pun musim cuti sekolah. Banyak hotel 'fully booked', yang 'available' pun harga sampai RM300++.. Saya cakap kat abang, "InsyaAllah, lain kali kita datang lagi ye.. kali ni kita datang ambil gambar je". 


So kami teruskan lagi perjalanan ke Dungun.. Lebih kurang pukul 12 lebih, kami sampai rumah mak. Kesian mak, dah tertidur kat ruang tamu tunggu kami sampai.. Terima kasih mak, sayang mak.. =)

esoknya (2/6/2013), kami bertolak ke terengganu pula. attend kenduri sahabat baik abang masa kat sekolah teknik dulu. Tak sempat nak snap gambar pengantin, masa kami sampai pengantin tengah sedap makan.. Jangan ganggu!! =) 

Singgah kejap ke Masjid Kristal.. Saya teringin sangat nak masuk Taman Tamadun Islam, tapi cuaca panas yang amat. Memang terik. Saya dah pening kepala, abang dah risau.. So kami pun gerak balik.. Sebelum tu, singgah beli keropok lekor dulu.. Lebih kurang pukul 5 lebih kami sampai semula rumah mak.. Busy nak pack barang dah.. Kejap je dapat jumpa mak dengan tok.. =(




Lebih kurang pukul 2 pagi, sampai Johor.. Letih, tapi rasa berbaloi.. InsyaAllah ade masa, jom jalan- jalan lagi.. ^_^

Apr 2, 2013

Baitulmuslim kami..

Bismillah..

Assalammualaikum semua.. Semoga hari ini dijalani dengan lebih baik dari hari- hari sebelumnya.. Alhamdulillah dengan nikmat iman, Islam yang masih Allah izikan bertapak dalam diri kita.. SubhanaAllah.. Nikmat yg tiada galang gantinya.. Sayang Allah..

*******************************************************************************

Hampir 2 bulan melayari hidup berumahtangga, alhamdulillah.. Allah masih melimpahkan sakinah, mawaddah dan warahmah yang tiada taranya.. SubhanaAllah.. Dari sehari ke sehari, saya lebih mensyukuri hadirnya abang dalam hidup.. Tak pernah sekali merasakan pemilihan saya satu kesilapan.. Kekurangan dan kelebihan abang satu warna hidup indah dalam hidup saya.. Alhamdulillah..

Saya pula selepas nikah, hati cepat sangat sensitif.. Saya mudah terasa.. Pastu saya ni memang jenis degil dan keras kepala.. Abanglah yang sabar dan tenang melayan karenah saya.. Kadang-kadang melihatkan kesabaran dia, hati terus cair.. Hujung minggu lepas keluar 'dating halal' dengan abang, saya ambil peluang tanya pada abang..


"Abang, kenapa lepas nikah abang penyabar sangat? Dulu sebelum nikah, abang keras je.. Ego je.."

Jawab abang 


"Sebab sayang kan amanah abang.. Kena tegur dengan hikmah.. Dulu sebelum nikah, kita belum ada pape ikatan lagi.."

Saya terdiam dengar jawapan abang.. Rasa malu je, sebab selalu sangat 'protes' tak bertempat.. =(

Balik dari kerja sekarang, saya bergegas balik nak memasak.. Saya pelbagaikan masakan, cuba masakan baru yang saya tak pernah try lagi.. Abang bila balik je, memang terus masuk dapur bantu saya.. Masa tulah masing-masing sibuk mengusik, bercerita macam-macam.. Saya sibuk memasak, abang tolong masak nasi dan basuh pinggan mangkuk.. Lepas maghrib jemaah, baru makan malam sama-sama.. 

Semalam saya cuba masak, masak lemah kubis.. saya memang suka makan masak lemak, tapi seumur hidup memang tak pernah cuba masak.. Lagi- lagi saya tak berapa confident kalau masak ade santan.. Automatik fikir masakan yang ada santan ni, jatuh kategori masakan yang susah nak buat.. Tapi semalam saya call mama, tanya resepi.. Saya ikut sebijik macam mama suruh, alhamdulillah menjadi.. Dan for the first time saya tahu abang rupanya suka juga masak lemak.. Pasni dah ada confident sikit nak masak lagi.. Kali ni takde gambar nak tepek, dah habis licin semuanya.. =)

Oklah, ni je untuk kali ni.. insyaAllah lain kali saya update lagi.. Doakan yang terbaik untuk baitulmuslim kami ye..

Wasalam..

P/s : Selamat hari lahir untuk abah.. Birthday abah semalam.. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik.. dan pertambahan umur ni akan memberi 1001 rahmat dan barakah untuk abah.. amin..

Mar 21, 2013

First Entry as Zaujah

Bismillah.. Assalammualaikum.. =)

Fuh.. Fuh.. Tiup sikit sawang *cough*.. Lama sgt tak update blog.. Username pun smua lupa.. Nasib password xpernah lupa.. kalau tak gamaknye mmg berakhir la riwayat blog ni smpi bebila.. 

Spnjang tak update blog ni, banyak sgt kalau nak dceritakn.. 


perubahan fasa kehidupan (single, sekarang dan berdua.. alhamdulillah)
Fasa mengenali dan belajar tentang satu sama lain masih berterusan dari hari ke hari.. SubhanaAllah, hidup terasa indah.. Ada masa, kami 'dating halal' berdua.. Tenang rasa.. Moga Allah memberkati, melimpahi rahmah, kasih syg dan ketenangan yang berterusan ke atas baitulmuslim kami.. Amin.. Masih jauh lagi perjalanan kami, masih banyak impian dan cita2 yg blum tcapai.. Moga dipermudahkan..

Hidangan untuk suami.. =)

Sekarang balik kerja dah bergegas nak balik rumah.. xsabar nak masak utk abg.. Hari pertama, masakkan sup patola, ikan bakar dalam aluminium foil dan sambal kicap.. Mmg gabranya, buat sy serba tak kena.. Abg pula jenis suka nak meneman kat dapur, rajin nak menolong.. Tapi sy plak yg xbiasa.. Habisnya, sy tolak abg ke ruang tamu.. hehe.. slesai abg baca doa makan, muka sy dah kelat.. risau.. ni kali pertama suami nak makan masakan sy.. First suapan, abg pandang arah sy, "sedddaaappppp...".. ok, lega!! dah boleh makan dgn tenang.. Abg makan smpi bertambah, hirup sup patola sampai licin periuk.. Alhamdulillah, xmmbazir.. =)

Hari kedua, dah ok sikit.. dah mula bg ruang kat abg nak tolong  sikit2.. kali ni kami masak ayam masak kicap dengan sayur campur.. Alhamdulillah, abg suka.. Memang makanan cukup untuk berdua, smuanya selesai masuk ke perut.. xde yang lebih, xde yang kurang.. alhamdulillah.. =) 


Proses masuk rumah baru..

Alhamdulillah, kami pun dah start masuk rumah baru (setelah beberapa masalah).. First time datang tengok rumah, first word keluar dari mulut abg.. "Allah!!" (suara keluhan..) 

Keadaan rumah memang sgt teruk: 
- sampah penyewa sebelum ni tinggalkan cmtu je 
- tandas rosak
- air takde kat tingkat atas
- masalah anai-anai
- pintu tandas, paip dan tangki rosak
- pintu utama xboleh nak kunci

Kami gotong royong sama2 bersihkan rumah tu.. Oleh sebab kami masing2 kerja, balik kerja jela boleh nak kemas rumah tu sikit2.. Bila rumah dah bersih, abg nak cat baru.. saya ikutkan je.. kebetulan minat kami sama, jadi terus beli cat.. Start cat sikit2 mana yang tdaya.. Sambil tu abg lah bhempas pulas betulkan smua kerosakan dalam rumah.. 

Alhamdulillah, takat skrg dah berisi sikit rumah tu.. tingkat bawah smua dah slesai cat, tinggal nak buat kemasan sikit2.. pasni nak kne sambung kat tingkat atas plak.. =) Doakan smuanya boleh diselesaikan hujung mnggu ni. insyaAllah.. =)





Jun 10, 2012

Jadilah si burung kecil

Bismillah.. 

Nabi Ibrahim dan Raja Namrud

Raja Namrud adalah seorang raja yang diberi kekuasaan oleh Allah memerintah sebuah negara. Kisah tentang Raja Namrud dan keangkuhannya mengakui kebesaran Allah tercatat di dalam Al-Quran melalui Surah Al-Baqarah - ayat 258,

"Tidakkah kamu memerhatikan orang yang berdebat dengan Ibrahim mengenai Tuhannya, kerana Allah telah memberikannya kerajaan (kekuasaan). Ketika Ibrahim berkata, "Tuhanku ialah yang menghidupkan juga mematikan", dia berkata "Aku pun dapat menghidupkan dan mematikan (dipanggil dua orang pemuda seorang dibiarkan hidup, manakala seorang lagi dibunuh)". Ibrahim berkata, "Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat". Maka bingunglah orang yang kafir itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim."

Keangkuhan Raja Namrud dan keengganannya menerima Tuhan Nabi Ibrahim menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan membakar Nabi Ibrahim di dalam unggun api yang besar. Di sinilah terukirnya kisah si burung kecil yang usahanya besar di sisi Allah.


Kisah si burung kecil

Si burung kecil

Melihatkan api yang besar menjulang-julang dan marak membakar Nabi Allah, burung kecil ini segera mencari air dan mengambilnya dengan paruhnya yang kecil, lalu dititiskan ke atas nyalaan api yang marak tersebut.

Ternyata tindakan burung kecil ini diperlekehkan burung-burung lain, yang menganggap usaha tersebut sia-sia dan tidak memberi makna. Langsung tidak membantu. Namun burung ini tidak pernah berputus asa. Terus sahaja menjalankan usahanya tanpa mengenal lelah dan jemu. Dengan paruh yang kecil dan air setitis cuma, apakah mungkin dapat memadam api yang marak? Logik akal kita tentu sekali pantas menjawab TIDAK. Tapi burung kecil punya alasannya :

Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadam api itu"

Usaha 'burung kecil' dan realiti hari ini

Terlalu banyak 'api marak menjulang-julang' yang dapat kita lihat hari ini, namun masih tetap kurang sifat dan usaha bak 'burung kecil' yang mampu dipupuk. Antaranya dapat dilihat usaha minima diri kita sendiri dalam memboikot barangan dan makanan keluaran Israel. 

Jika kita takutkan dengan usaha mem'boikot' ini, tertutup pintu rezeki anak-anak muda, jatuh ekonomi negara, perlu juga kita tanya apa rezeki Allah sekecil itu? Sedangkan nikmat rezeki yang Allah tebarkan di atas muka bumi ini tidak terkira banyaknya, tak terhitung jumlahnya. Percayalah Allah itu Maha Pemurah. Surah An-Nahl - ayat 18, 


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Jadilah seperti 'burung kecil' walau ramai yang memperlekeh dan memandang enteng. Jangan biarkan walau 1 sen pun wang kita sampai ke tangan Yahudi. Kerana dengan nilai 1 sen ini, tetap ada sahamnya menembak saudara-saudara Islam kita di Palestin. Tetap ada nilainya memusnahkan masjid, madrasah, sekolah, hospital dan banyak lagi di bumi suci umat Islam itu. 

Usaha 'si burung kecil'


Kasihanlah pada anak-anak yang menjadi yatim kerana wang kita, para isteri yang menjadi balu kerana sifat tidak endah kita, ibubapa yang melihat anak ditembak, dirogol, dipukul. Para suami yang terpaksa meninggalkan keluarga di bumi Palestin untuk membaling batu ke arah kereta kebal yang KEBAL! 

Insafilah usaha si 'burung kecil', yang BESAR di sisi Allah. Apakah pula jawapan kita di hadapan Allah nanti? Adakah kita berusaha?

Wallahualam..

Ruj : Pahrol Mohd Juoi, Beduk di Ketuk
      Dr. Farhan Hadi , Denyut Kasih Medik

Dec 15, 2011

- Pahit fatamorgana -

Bismillah..
biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi,tetapi NAMA MU menjadi perbualan penghuni langit..
Apalah yg dihitung dengan pangkat, kemegahan, kmewahan dunia yg hanya sementara? Apakah yang dikejar nikmat dunia yang tak kekal lama?
SubhanaAllah.. Kuatkan aku melalui liku hidup dan dugaanMu.. tkala ingin bputus asa, ku tahu Kau akn mduga hambaMu sesuai dgn kmampuannya, maka ku kerah segala kudrat yang ada utk tetap tegar dan kukuh bdiri..
Allah, hanya Kau tahu pahitnya yg perlu ku telan.. Benar, ssungguhnya jalan Mu itu sukar.. Allah, kukuhkan niatku mgalas mandat mengangkat kalimahMu dan sunnah NabiMu.. Andai ku tjatuh, kuatkan kaki ku berdiri semula.. walau hanya dengan sebelah kaki cuma..
Allah..

Nov 30, 2011

Kisah 'Aku' dan Sang Marhain

Bismillah..

Ini bukan kisah aku.. Kisah si ‘aku’ yang aku coretkan.. sekadar bingkisan pengalaman hidup yang singkat..

‘Aku’ menulis...

4 hari lepas aku sibuk memandang usaha, niat dan harapan.. aku pulang dengan senyuman tsimpul di bibir.. Tapi hati aku.. Hati aku tak habis2 mngulang kalimah yg sama “Ya Allah.. Permudahkanlah.. “ mengulang dan mengulang, dan mengulang smpai lelah.. Aku ttidur, kepenatan memikirkan apa akan jadi esok hari..

3 hari lepas, aku bangun awal.. Itu jarang blaku dihujung minggu.. Aku sengaja malaskan tubuh, pulas memeluk bantal.. Mengapa? Krn takut memikirkan apa akan tjadi.. sekejap kemudian abah bertanya keputusan aku.. aku serah semua pada mama dan abah.. Panggilan aku matikan, aku tsenyum.. “Ya Allah.. dah selesai.. Mudah segalanya..”

Alam ini akn aku tinggalkan.. Bila? Aku tak pasti bila.. Tapi aku doakan secepatnya.. Bila dikenang, aku telalu bsyukur dlahirkan dengan takdir kaum Hawa.. Kumpulan minority dulu, sederhana kini dan yang akan mnjadi majority nanti.. Krn aku ingin mrasa apa yg mama rasa, saat jatuh air mata hiba mndapat panggilan ikhlas si marhain.. Meminta izin dengan hemah dan keberanian.. wallahualam..

Terima kasih Allah.. =,)

Apr 3, 2011

-Allah ada..-

Bismillah..
“Don’t tell Allah how big your problems are, but do tell your problems how big Allah is”
Semalam masa usha2 wall syahirul (syahirul.com), nampak status ni.. Atcually aku slalu gak dok like2 status syahirul ni, tp smlm tgerak nk usha wall dia, alhamdulillah byk ilmu n manfaat aku dpat.. Korang g la baca blog dia n add dia kat fb.. mmg tak nyesal.. best.. (sempat plak aku promote syahirul.com kan..) blog kretamayat pun best gak.. layan.. ^_^
ok, back pada pkataan berwarna merah..
korang bila baca ayat tu, korang rasa apa? korang pk apa? ade tak rse macam..
“eh2, tu aku selalu buat..”
bila baca ayat ni..
“Don’t tell Allah how big your problems are”
dan..
“err.. jarang sgt buat mende ni.. (atau tak pernah tpk nak buat pun)”
bila baca ayat ni..
“..but do tell your problems how big Allah is”
Serius bila baca ayat tu, trus aku otomatik je rse malu.. Sebab?? Sebab aku slalu rs sdih yg amat n nangis smbil hembus2 hingus bila ade masalah.. Smbung lg nangis2 dpn Allah, nangis2 mcm aku sorg je ade mslh besar atas muka bumi ni.. tu blum lagi add ngn moody nye.. -_-' The reasons to do all of that??
“Allah tolong la aku.. nak Allah selesaikan smua masalah..”
Bukan maknanya aku suruh korg jgn nangis2 doa n minta kat Allah.. Tapi jadikan diri kita lebih berani bhadapan dgn masalah hdup.. Ape je yg kita buat atas muka bumi ni, hatta nak buat kputusan pun smuanya di tangan Allah.. kita xde kuasa pun.. Tapi jgn asyik mngeluh n komplen je, usaha nye xde..
Beranilah cabar diri sendiri n masalah kita tu,
“Aku kena kuat, aku kena sabar, sebab Allah ada.. Allah sentiasa ada dgn hamba2Nya.. Allah sedang mnguji aku..”
jgn penah takut bhadapan dgn masalah kita sndiri.. Kne ingat, wlu sesukar mana pun, Allah ada..
Bila masalah slesai, jgn lupa ucap alhamdulillah.. Sebab apa skali pun, Allah la yg telah bantu kita utk slesaikan smua mslh tu.. Klu diikutkan kita ni, xmampu pun nak slesaikan, nak harungi pun xmampu.. Jgn pernah rasa..
“sebab akulah msalah ni selesai..”
sebab apa2 pun, hakikatnya Allah yg aturkan sgalanya supaya masalah tu dselesaikan utk kita.. Alhamdulillah.. Trima kasih Allah.. ^^ (thanks to 'you' yang ajar sy ttg hakikat.. alhamdulillah, dh faham.. ^_^)
Tapi bila tgk video cubaan bunuh diri baru2 ni (nak lompat dr shopping mall), aku tpk sejenak..
Dorg ni masuk kategori mana ye?? Ngadu kat Allah yg dorg ade masalah besar pun tak, berani mghadapi masalah besar dlam hdup lagilah tak.. hurm.. Allah Maha Mengetahui..

Wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...