Mar 6, 2010

cerita hari ini..

hari ni kuar jalan2 g Jusco Taman U.. Tah nape perut tringin nk makan mcD hari ni.. hehe..
ok perut, dh knyang kan mkn mcD hari ni.. =) alhamdulillah.. N dh jadi satu kemestian agaknya (kemestian ke??) klu dh g Jusco tak sah tak lawat MPH.. mlawat smbil cuci mata.. bukan cuci mata bnda xelok, cuci mata tgk buku pe yg mnarik.. hehe.. klu ada buku mnarik, mmg dh niat nk beli.. ada gak aktiviti bfaedah blh dbuat d hujung minggu.. actually byk buku yg bminat, tapi msih tak tmampu nk dimiliki.. takpe, lain kali insyaAllah.. Hari ni g beli buku Al-Mathurat, akhbar ILUVIslam edisi keempat ngn satu lagi buku "Offline dgn syaitan".. Tengok cm best je, sy pun beli la.. Masih on the way bace buku ni.. Best.. Tahu srba sdikit ttg makluk Allah yang asalnya bnama Azazil yg kemudiannya diubah namanya kepada iblis.. Iblis yang bermksud suka memberontak atau derhaka.. Diceritakan iblis ni dulu Allah kurniakan dgn wajah yang indah dan cantik, tapi kerana dia derhaka, Allah ubah muka dia jadi hodoh n menakutkan..
Ok, habis cerita pasal Iblis @ Azazil.. Sy msih xhbis baca lagi.. Nnt dh habis saya kongsi sm2 ye.. Hari ni sy nk crita psl buku yang sy beli dulu... Dulu tu, xla lme sgt.. Bulan lepas.. Karangan Fatimah Syarha.. Msti ramai yang kenal dgn pnulis berbakat ni.. Sy kira pengikut hasil penulisan beliau jugak. Seindah mawar bduri, Tautan Hati.. Tu semua hasil tulisan beliau.. Kalu tak baca lagi, baik cari.. Mmg best.. Thumbs up!! =)
Tapi buku yg sy beli kali ni bukan cerpen, tapi lebih kepada motivasi cinta.. Tajuk dia Pemilik Cinta ku Setelah Allah dan Rasul.. Erm, baca tajuk pun dh tringin nk beli.. Baca dalam, mmg tak menyesal pun beli.. betul ni.. try la.. (^_^)
Mengisahkan ttg perjalanan cinta yang indah teratur di antara dua insan yang kemudian disatukan.. Sgt indah.. Saya baca pun, terharu je.. Kalu la crita cinta saya seindah itu.. =)
Tapi kepada sesiapa yang masih mencari kekuatan melawan cinta yang bukan dari dia yang sepatutnya memiliki cinta anda, ini lah buku yang akan menguatkan keinginan anda utk plihara cinta tu.. Thanks untuk karya saudari.. fatimah syarha..
Ok, ini je kot tuk hari ni.. Saya tutup cerita hari ni dgn Riwayat Anas..
"Jika Allah mencintai ssorang hamba, maka Allah memasukkan
kecintaan ini di dalam hati para malaikat.. Jika Allah membenci
kepada sseorang hamba, maka Allah memasukkan rasa kebencian itu
ke dalam hati para malaikat , dan kemudian memasukkan pula ke dalam
hati manusia.."

Mar 1, 2010

Belajar dan terus belajar


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang


Rajin plak nk isi blog lagi hari ni.. hehe.. Harap bukan takat hari ni, esok dan lusa

je.. Biar kalu boleh smpi bila2.. Trus bkongsi maklumat, cerita utk rakan2 smua..

Stakat sekarang masih xde follower lagi.. (rasa ckp dgn diri sendiri..^ ^) Xpe, mungkin

satu hari nnt kan.. Kalu xde follower pun, mgkin ada yang view.. Tu pun dh syukur

alhamdulillah..


Hari ni g praktikal lagi.. Ya Allah, bosannya.. Melalui rutin yang same

stiap hari.. mmg mbosankan n memenatkan.. G keje pun mcm dgn sparuh

hati je ni.. Ish... T_T Tapi amanah tetap perlu pikul.. Nnt kat padang mahsyar

nk jwb pe bila Allah tnya.. "Nur, knp dtg kerja lewat??", "Nur, knp buat kerja dgn separuh

hati??".. MasyaAllah... Kuatkan hati ku Ya Allah.. Biar terus

aku kuat melalui hari ku hari ini.. Agar ia lebih baik dari semalam.. Amin.. Chaiyo2.. ^_^


Buat mase skrg, rse mcm blog ni tlalu plain.. Btul tak?? Atcually, sy baru belajar nk explore2

mende ni.. hehe.. Nama je bdk sains komp, tp tak bijak lngsung tang mende2

cmni.. wat malu je.. hehe.. but still, think positive.. kita takkan g jauh klu terus

berada di takuk lama tnpa teringin nak lakukan perubahan..

teruslah kita akan berada di sana wlupun hati mmberontak nk kuar hirup udara

baru.. Jadi mesti berani utk kluar dr comfort zone.. bljar 1 bnde yang baru yg mberi

manfaat utk kita.. kan dunia ni luas utk diterokai.. bnyak bnde utk dpelajari..

ilmu takkan habis kita gali wlu smpi mati.. jadi sementara masih ada waktu dan

masa.. kejarlah seberapa bnyak ilmu Allah di atas muka bumi ini.. Kan tingkat org

berilmu itu tinggi pada pandangan Allah?? =)


Jadi truskan belajar dan belajar.. Org kata makin kita blajar makin kita tak tahu..

Btul kan?? Sesungguhnya ilmu itu luas... Jadi sm2 la kita mengejar ilmu Allah..

InsyaAllah..

Petik lah bunga itu wahai kumbang sakti



Bunga mekar di taman larangan

Elok kelopaknya, elok harumannya

Dijaga rapi Sang Penjaga

Dihias tertib tiada tercela


Aku menyaksikan bunga itu kembang

dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.

Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?

Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?

Atau kamu?


Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,

kau datang merampas langkahnya.

Kau datang menghalang Cintanya.

Ya!

Kamu datang menghalang cintanya

pada Raja Segala Cinta.

Masakan tidak kamu ketahui?

Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!

Kamu tahu itu?

Kamu sedar itu?

Bukankah kamu kumbang sakti?

Mengapa tegar untukmu

merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?


Kamu datang membawa sejuta janji

Kamu datang membawa sejuta pengharapan

Dia itu bunga, wahai kumbang.

Dia itu bunga.

Disentuh oleh tangan asing, layulah dia

Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.


Jangan kau gantung dia tiada bertali

Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati

Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.

Petiklah dia.

Secepatnya.

Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri

Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.

Bukankah itu ajaran Rasul kita?

Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?

Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..

Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti


Aku sayangkan bunga dan kamu wahai kumbang

Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?

Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.


Siramkan air dan bajaMentari!

Pancarkan cahaya!


Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan

Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua


Petik dia..

Mohon petunjuk Raja Segala Cinta

Minta restu kedua orang tua

Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.

tapi aku terpaksa

sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?

dia perlukan jawapan.

petik dia secepat yang kau mampu kumbang..

andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya

andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..

buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.

Janji Allah itu pasti

^-^


*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan

keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa

yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya.

Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan

yang dikehendakiNya.

*[At-Talaq:2-3]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...