Jul 28, 2010

~C.I.N.T.A~

Post kali ni ada sentimental ckit, jiwa2 ckit, n sdikit emosi.. Sapa tak knl cinta?? Dan siapa tak pernah merasa cinta?? Semua pasti prnah jatub cinta.. Cinta itu anugerah terindah dari yang Maha Esa.. Kita jatuh cinta pd Sang Pencipta, rasul dan nabi, pd agama, pd ibu bapa, saudara mara, juga para sahabat kita..Jadi secara ringkasnya, cinta itu mmg telah kita rasakan sejak dr azali lagi.. Mmg hidup kita penuh dgn CINTA.. Setiap yang kita lakukan jika lahir dr rasa cinta, insyaAllah akan menghasilkan produk juga hasil yang akan dicintai oleh org disekeliling kita.. InsyaAllah..


Ada seorg junior aku, dah pun bernikah.. Ya, mmg dalam usia semuda itu, sapa2 pun akan terfikir betapa ibubapanya berfikiran terbuka.. Bila diselidik, rupanya dia masih blajar namun dalam masa yg sama terlibat secara aktif dalam bisnes yg mmpu mjadi mata pendapatan buat dia dan suami.. Sdgkan suaminya juga masih belajar.. Alhamdulillah.. Aku tumpng gmbira.. Dari melakukan maksiat dan zina yg bpnjgan, bukan kah baik saja bernikah?? Jangan krna terlalu mengejar dunia, tuntutan akhirat kita lupakan. Bukankah bernikah itu juga satu ibadah?? Tapi bila difikirkan rasionalnya, ada juga mslh berbangkit dr isu ini.. Lebih2 lagi buat muslimin muslimat yg msih berjuang di medan sarjana.. Fokus dlm study itu penting.. Takut xdpt nk bahagikan masa.. Wang juga belum ada.. Stakat mharap pd JPA, MARA, dan PTPTN, mmg xboleh hidup. Sorg saja sudh trasa tidak mcukupi, apa lagi berdua?


Mama pernah katakan pd aku n along, "pape pun, mama nk along ngn adik keje dulu.. zaman skrg klu mharap cinta je, mana cukup.. Tipu klu org ckp dia boleh survive dgn cinta saja.. Apa2 pun perlukan wang dan ilmu" Ya, aku setuju dgn mama, tp bila memikirkan dugaan dan godaan cinta, dpt ke kita mhalangnya, mhentikannya?? aku sendiri payah benar utk malarikan diri dr semua tu.. Datang satu saat, hati sgt kuat dan dpt mnyembunyikan diri dr mata CINTA.. Tp dtg wktu lain pula, hati mula mendesak ingin mrasakan CINTA..


Tp setelah skian lama mrasa CINTA yg xpasti.. aku akhirnya menyerah kalah.. CINTA sebegini banyak menyakitkan.. Ya, MENYAKITKAN.. aku mula sedar, telah banyak masa aku buang melayani CINTA.. Hingga aku mengabaikan CINTA priority yg spatutnya brada di rangking teratas dlm setiap jiwa dan denyut nadi insan bernama MUSLIM.. aku sedar ini bukan masanya.. Sekian lama aku biarkan diri sendiri tak terurus.. Sibuk memikirkan prasaan org lain, hngga aku lupa bertanya hati aku sendiri.. Gembirakah dia?? Dia trasa terabaikah selama ini?? Adakah aku telah berlaku adil slama ini? Hati aku telah menjawab lama.. Namun telah lama aku abaikan.. aku sengaja membiarkan dia bbicara sendirian.. Maafkan aku wahai hati.. Jadi skrg, aku ingin mnyayangi diri aku sndri sblum mnyayangi org lain yg aku harap juga akn dpt mnyayangi hati aku dan mhargai aku..


Tertarik dengan satu artikel dr ILUVISLAM.. Benar2 telah mengusap lembut hati aku.. Berbisik pd aku indahnya cinta slpas pnikahan.. aku ingin skali merasakan indahnya CINTA itu.. Dan sesungguhnya aku pcaya janji Allah itu benar dan akan selalu terungkap kbenarnnya.. Semuanya terserah pd kita utk mpercayainya.. Ya, mgkin kesannya tidak akn klihatan sekelip mata, namun percaya lah ia akan tiba.. aku berharap hati sku akan selalu kuat.. Biar pun tiba masa aku mrasa ksunyian, aku pasti saat bahagia utk aku akan tiba jua..


Buat muslimin muslimat yg masih blum prnah mrasa cinta (couple), bbahagialah.. ssngguhnya pasti Allah telah merencanakan yg tbaik buat antum semua.. Buat aku juga sesiapa yg telah tlanjur bercinta dgn insan yg tak layak utk kita cinta, ingatlah wlu btapa indahnya kisah pcintaan anda,walau sebahagia mana perhubungan anda, belum lagi mnjadi tiket kekalnya hubungan antum berdua.. Masih belum terlambat merasa cinta hakiki dan abadi dari Allah.. Sgalanya telah Allah rencanakan buat kita.. Serahkan segalanya pd Allah, moga yg tbaik mnunggu kita di hadapan sana.. InsyaAllah.. Bersama kita menjauhi fitnah.. ^_^




(sumber dr ILUVISLAM)

Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,

mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...

Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...

Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...

Apa yang akan kau lakukan ???

menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???

Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,

dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...

Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???


Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...

Beritahulah kepadanya...

Maafkan aku...

Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...

Kerana...

Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...

Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,

yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...

kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...

Agar hilanglah gelisahmu, reduplah hatimu

dan tenanglah jiwamu saat kau memandang warna-warna IMAN yang indah berseri...

Terang dan menerangi...

Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...

Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku

dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???

Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...


AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......
~biarkan Allah memilih jodoh yg tbaik utk mu.. Mungkin esok atau nnt.. Atau tiada sampai kau mati..~ ^_^



Jul 19, 2010

Sem baru, permulaan baru, destinasi baru..

Blog baru yg kosong.. Sbnrnya sy bukanlah sorg penulis.. banyak bnde sy lebih slesa mmndam sndri @ tuliskan dlm diari.. Bila di buka pada public cmni, sbnrnya dah jadi buntu xtahu nak tulis apa.. Apa2 pun, sy cuba juga yang terbaik.. Ada english quote "Sharing is Caring".. InsyaAllah, selagi apa yang ingin dikongsikan itu adalah untuk kebaikan dan pengajaran bersama, apa salahnya kan..


Hujung minggu lepas, sy pulang melawat mak cik2 saya di Johor.. Sementelah saya pun blajar di Johor Bharu, agak pelik klau tak bertandang dan btanyakan khabar ahli keluarga belah ayah saya.. Di tambah pula dengan kegembiraan dan keterujaan ingin sgt bertemu dgn baby abg sedara sy yang baru saje lahir 2 bulan lepas.. alhamdulillah.. Semakin meriah keluarga saya dgn khadiran dia, dan semakin bertambah ummat manusia di atas muka bumi Allah ini.. Alhamdulillah~ ^_^


Abg saudara sy hanya 2 beradik (dia dgn abg nya), dan kedua2nya lelaki, jadi ayahnya sgt berharap dapat merasa cucu perempuan.. Tmakbul juga harapan ayahnya (datuk pada baby).. Tak lepas memegang baby yang di beri nama Puteri Derissya tu.. Semua pakat nak kata baby tu ikut muka masing2.. mmg meriah dgn khadiran dia..Saya juga dah lama tak mmegang bayi kecil.. Agak kekok sebenarnya mmandangkan sy sndri tak merasa menjaga dan bmain dgn adik sy masa dia kecil dulu. Lagi2 baby ni mmg masih kecil, baru 2 bulan.. Mmg masih lembut lagi badan dia.. Saya pegang sekejap saja, terus bagi smula pd mak cik sy.. ^_^


Melihatkan kehadiran insan kecil ni dalam keluarga sy, betul2 menginsafkan sy. Sy sempat btanyakan pada isteri abg sedara sy pngalamannya mlahirkan insan kecil ni.. Mmg ternyata, sm pengalaman yang dirasakannya seperti apa yg pernah diceritakan mama pada sy.. Sy tanyakan soalan yg mmg sy biasa tnyakan pd ibu2 yang baru lps bsalin "sakit sgt ke?" dan jwapannya juga sama.. "Sakit.. Tak dapat nk gmbarkan sakitnya cmne".. Ni pun jwapan standard yang sy slalu terima.. Samada dr mama, juga ibu2 lain..


Sesungguhnya semua ini btul2 menyedarkan sy betapa tingginya pngorbanan dan kasih syg ibu pada kita smua.. Alhamdulillah krn cinta Nya dan kasib ibu, kita masih di sini.. Masih meneruskan hari2 kita di atas muka bumi Allah ini.. Semoga melatanya kita di bumi Allah ini, sentiasa di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatnya InsyaAllah.. Di bawah ni sy sertakan gambar Derissya yg sy dh mula rindui.. =)
~Puteri Derissya yg comel~

~Buat mama.. Terima kasih untuk kasih syg mama yang tak terhingga~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...