Jul 28, 2010

~C.I.N.T.A~

Post kali ni ada sentimental ckit, jiwa2 ckit, n sdikit emosi.. Sapa tak knl cinta?? Dan siapa tak pernah merasa cinta?? Semua pasti prnah jatub cinta.. Cinta itu anugerah terindah dari yang Maha Esa.. Kita jatuh cinta pd Sang Pencipta, rasul dan nabi, pd agama, pd ibu bapa, saudara mara, juga para sahabat kita..Jadi secara ringkasnya, cinta itu mmg telah kita rasakan sejak dr azali lagi.. Mmg hidup kita penuh dgn CINTA.. Setiap yang kita lakukan jika lahir dr rasa cinta, insyaAllah akan menghasilkan produk juga hasil yang akan dicintai oleh org disekeliling kita.. InsyaAllah..


Ada seorg junior aku, dah pun bernikah.. Ya, mmg dalam usia semuda itu, sapa2 pun akan terfikir betapa ibubapanya berfikiran terbuka.. Bila diselidik, rupanya dia masih blajar namun dalam masa yg sama terlibat secara aktif dalam bisnes yg mmpu mjadi mata pendapatan buat dia dan suami.. Sdgkan suaminya juga masih belajar.. Alhamdulillah.. Aku tumpng gmbira.. Dari melakukan maksiat dan zina yg bpnjgan, bukan kah baik saja bernikah?? Jangan krna terlalu mengejar dunia, tuntutan akhirat kita lupakan. Bukankah bernikah itu juga satu ibadah?? Tapi bila difikirkan rasionalnya, ada juga mslh berbangkit dr isu ini.. Lebih2 lagi buat muslimin muslimat yg msih berjuang di medan sarjana.. Fokus dlm study itu penting.. Takut xdpt nk bahagikan masa.. Wang juga belum ada.. Stakat mharap pd JPA, MARA, dan PTPTN, mmg xboleh hidup. Sorg saja sudh trasa tidak mcukupi, apa lagi berdua?


Mama pernah katakan pd aku n along, "pape pun, mama nk along ngn adik keje dulu.. zaman skrg klu mharap cinta je, mana cukup.. Tipu klu org ckp dia boleh survive dgn cinta saja.. Apa2 pun perlukan wang dan ilmu" Ya, aku setuju dgn mama, tp bila memikirkan dugaan dan godaan cinta, dpt ke kita mhalangnya, mhentikannya?? aku sendiri payah benar utk malarikan diri dr semua tu.. Datang satu saat, hati sgt kuat dan dpt mnyembunyikan diri dr mata CINTA.. Tp dtg wktu lain pula, hati mula mendesak ingin mrasakan CINTA..


Tp setelah skian lama mrasa CINTA yg xpasti.. aku akhirnya menyerah kalah.. CINTA sebegini banyak menyakitkan.. Ya, MENYAKITKAN.. aku mula sedar, telah banyak masa aku buang melayani CINTA.. Hingga aku mengabaikan CINTA priority yg spatutnya brada di rangking teratas dlm setiap jiwa dan denyut nadi insan bernama MUSLIM.. aku sedar ini bukan masanya.. Sekian lama aku biarkan diri sendiri tak terurus.. Sibuk memikirkan prasaan org lain, hngga aku lupa bertanya hati aku sendiri.. Gembirakah dia?? Dia trasa terabaikah selama ini?? Adakah aku telah berlaku adil slama ini? Hati aku telah menjawab lama.. Namun telah lama aku abaikan.. aku sengaja membiarkan dia bbicara sendirian.. Maafkan aku wahai hati.. Jadi skrg, aku ingin mnyayangi diri aku sndri sblum mnyayangi org lain yg aku harap juga akn dpt mnyayangi hati aku dan mhargai aku..


Tertarik dengan satu artikel dr ILUVISLAM.. Benar2 telah mengusap lembut hati aku.. Berbisik pd aku indahnya cinta slpas pnikahan.. aku ingin skali merasakan indahnya CINTA itu.. Dan sesungguhnya aku pcaya janji Allah itu benar dan akan selalu terungkap kbenarnnya.. Semuanya terserah pd kita utk mpercayainya.. Ya, mgkin kesannya tidak akn klihatan sekelip mata, namun percaya lah ia akan tiba.. aku berharap hati sku akan selalu kuat.. Biar pun tiba masa aku mrasa ksunyian, aku pasti saat bahagia utk aku akan tiba jua..


Buat muslimin muslimat yg masih blum prnah mrasa cinta (couple), bbahagialah.. ssngguhnya pasti Allah telah merencanakan yg tbaik buat antum semua.. Buat aku juga sesiapa yg telah tlanjur bercinta dgn insan yg tak layak utk kita cinta, ingatlah wlu btapa indahnya kisah pcintaan anda,walau sebahagia mana perhubungan anda, belum lagi mnjadi tiket kekalnya hubungan antum berdua.. Masih belum terlambat merasa cinta hakiki dan abadi dari Allah.. Sgalanya telah Allah rencanakan buat kita.. Serahkan segalanya pd Allah, moga yg tbaik mnunggu kita di hadapan sana.. InsyaAllah.. Bersama kita menjauhi fitnah.. ^_^




(sumber dr ILUVISLAM)

Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,

mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...

Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...

Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...

Apa yang akan kau lakukan ???

menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???

Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,

dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...

Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???


Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...

Beritahulah kepadanya...

Maafkan aku...

Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...

Kerana...

Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...

Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,

yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...

kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...

Agar hilanglah gelisahmu, reduplah hatimu

dan tenanglah jiwamu saat kau memandang warna-warna IMAN yang indah berseri...

Terang dan menerangi...

Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...

Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku

dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???

Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...


AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......
~biarkan Allah memilih jodoh yg tbaik utk mu.. Mungkin esok atau nnt.. Atau tiada sampai kau mati..~ ^_^



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...