Sep 27, 2010

~Hapuskanlah air mata ku~

Bismillah..
Bila cinta kini..
Xlagi bermakna..
Yg ku rasa kini..
Hanya lah nestapa..
Ditinggalkan cinta masa lalu..

Dulu kau tawarkan manisnya janji mu..
Yang ku smbut itu dgn sgenap hatiku..
Hingga engkau pergi tinggalkan ku..
Hilangnya cinta mu..
Menusuk hati ku..


Malam sunyi tnpa suara.. Semua lena diulit mimpi.. Namun aku.. Aku terjaga dari lena ku yg pnjg.. Lalu meraba kembali secebis kenangan yg ku harapkan akan memberi ku secebis ketenangan.. Memberiku secebis kekuatan.. Namun akhirnya aku menangis lagi.. Aku mengeluh lagi..

Ya Allah, sang pencipta hati..
Ya Rabbi, Tuhan Maha Mengerti..


Aku tidak pernah selemah ini.. Mana diri ku yang dulu tegak berdiri?? Aku tidak pernah sedih kerana cerita derita seperti ini.. Sehari dua, aku pasti akan bangkit dan ketawa kembali.. Seperti tiada apa yang pernah terjadi.. Tapi bukan kini.. Aku si bunga yang layu dan hampir mati..

Tuhan..

Hentikan air mata ini.. Kerana ku rasakan aku telalu lemah menangisi.. Semua yang telah terjadi.. Yang pasti semuanya silap ku sendiri.. Aku tergolong dikalangan orang2 yang menzalimi dirinya sendiri..

Tuhan..

Ceriakan semula hati ini.. Berikan aku kekuatan untuk bangun dari kejatuhan ini.. Berikan aku keindahan bermunajat dan bercinta bersamaMu.. Berikan aku kcintaan berserah dan bertawakal kepadaMu.. Berikan aku dapat membuktikan betapa cerita derita ini memimpin ku untuk menjadi lebih kuat dan tabah bersamaMu.. Kerana aku tahu, aku mampu bangun semula dari derita ini.. Dengan pimpinan dan rahmat kasih sayangMu..

Ya Rahman, Ya Rahim..

Sesungguhnya jalan mujahadah mu ku tahu penuh berliku.. Akan sering nanti aku terjatuh dan menangisi peritnya luka itu.. Namun aku akan terus bersamaMu, itu janji ku.. Kerna ku tahu, jalan sukar itu pasti akan berbuah semanis madu..

Ya Allah, Ya Tuhan ku..

Bangkitkan aku di Padang Mahsyar nnt dengan penuh rasa syukur kepadaMu.. Bangunkan aku bersama golongan2 yg terpilih di sisiMu.. Bangkitkan aku tanpa rasa sesal lagi dengan apa yg telah berlalu.. Cukupi masa ini untuk aku menadah keampunan dariMu.. Temukan aku dengan pemimpin ku yang telah lama dirindu.. Bersama imam ku yang kau pilihkan yang terbaik dari sisiMu.. Bersama kami tersenyum tanda kemenangan di hari akhir itu..



~Hapuskanlah air mata ku..~
(SNFMN)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...