Mar 1, 2011

~La Tahzan..~

Bismillah..

2 hari lepas aku tgk status cik maya,

“Dalam kisah Nabi Yusuf a.s, Allah S.W.T menonjolkan akibat yang baik daripada kesabaran, dan bahawa kesenangan itu datangnya sesudah penderitaan.”(tafsir Al-Quran – kesimpulan bg Surah Yusuf)"

otak aku laju je ingat Surah Al-Insyirah ayat 5

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
pstu perasan pulak status sahabat aku Siti Hajar.. Dia ni mmg aku tahu tengah hadapi masalah yang maha besar.. srius masalah dia ni bukan mslah main2..

“alhamdulillah..kerana setiap ujian yang Kau berikan padaku, aku semakin dekat padaMu..setiap persoalan dan ujian yang Kau berikan sedikit demi sedikit penyelesaian datang. ‘penyelesaian’ berbentuk perantaraMu.. ku ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih.. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.. semoga aku diberikan kekuatan iman dan sentiasa berjuang keranaMu, amin...”

ok, otak dah cerna laju surah Al-Insyirah ayat 5 lagi.. aku komen lagi..

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah ayat 5) I’m proud of you dear.. =)”

semua tu baru 2 hari lepas berlaku..

hari ni masalah pulak mnimpa aku.. dugaan n cabaran dtg mnimpa2.. subhanaAllah, srius nk emo2.. pape je org ckp aku rse nk marah je bila tak sehaluan dengan aku.. ade je tak kena, cepat je rse nk melenting.. hati aku laju je ingatkan..

“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
aku nasihat org suruh kuat, suruh sabar, suruh bsangka baik dengan Allah, so aku lagilah mesti SUPER DUPER kuat, sabar n bsangka baik dengan Allah.. betul kan??

msalah aku xdelah besar mana pun.. kecil je.. tak terbanding dengan kisah Nabi Yusuf (subhanaAllah..kuatnya Nabi Yusuf.. nak kuat mcm Nabi Yusuf..) n tak jgk sme dengan beratnya beban ujian sahabat aku Siti Hajar.. Srius dia blh harungi ujian tu dengan tabah.. Bangganye aku ngn dia..=,)

hidup kita ni mmg xkan lari dengan ujian.. kdg2 sarat sgt kepala dengan masalah smpi rse nak lari jauh (mcmlah masalah tu ko boleh tinggal belakang).. tapi indahnye hidup ni adelah dengan berani berdiri menghadapi masalah tu n atasi sedaya kita..

cuba bygkn bila masalah dh selesai, srius happy gile kan.. so tu lah hasilnya dr sabarnya kita lalui ujian n masalah dlm hdup.. klu xde ujian, xkn lahirnya USAHA, SABAR dan REDHA.. so stop complaining n bsangka baik selalu dengan Allah.. Allah tahu mana yang terbaik utk kita.. Bila unsur negatif mula mnyelinap masuk, pk smula brapa byk nikmat Allah dh beri pada kita.. Bndingkanlah nikmat Allah dengan ujian kecil ni.. Sgtlah jauh bbeza.. so trimalah dengan seikhlasnya.. Allah sedang berbicara dengan kita..

la tahzan.. la tahzan.. la tahzan..

“Cukuplah bagi kami Allah, dialah tempat yang sebaik-baik diserahkan urusan (Surah Al-Imran(3):173)

Ya Allah, tingkatkanlah kekuatan, kesabaran dan sifat redha ku dalam menjalani ujian Mu, kerana nikmat yg Kau tarik dari ku ini hanya lah sedikit berbanding nikmat lain yang telah Kau kurniakan buat ku.. Malah apa yang telah Kau berikan selama ini lebih dr apa yang aku harapkan, apakah tidak aku bersyukur?? masyaAllah.. terima kasih Allah.. alhamdulillah.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...